Great Telekong Part 11
Agak lama penulis tidak up-date blog ini. Pada post ini penulis ingin mencatatkan mengenai nama-nama tertentu daripada warga Telekong yang pada hemat penulis adalah merupakan orang yang pertama melakukan sesuatu yang istimewa bagi Kampung Telekong.
1. Menunaikan fardhu Haji - Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ali. Seingat penulis tiada orang lain yang bergelar Haji yang terdiri daripada anak watan Telekong sebelum tahun 1960 melainkan beliau. Warga senior yang lain seperti Tok Imam Daud atau Pak da Tayib atau Tok Bilal Pakchek pada masa itu tidak pun dipanggil Haji. (Untuk makluman, Haji Abdul Rahman ialah datuk kepada penulis)
2. Memilikki Kereta - Pak Chik Zakaria Juriah (Dalam Kerawat) - Beliau adalah orang pertama yang memilikki kereta. Kereta pertama beliau ialah jenis Ford Prefect. Kereta ini mengalami kemalangan di Kampung Bunut di kepala jambatan berhampiran rumah Chikgu Ideris. Antara penumpang yang ada dalam kereta tersebut semasa kemalangan ialah Chik NikDah, isteri kepada Harun Poknik Senik. Selepas kemalangan itu Pakchik Ya menjual kereta tersebut dan membeli kereta jenis Ford Cortina. Ford Cortina ini dipakai sehingga tahun 1980han dan kemudianya beliau membeli sebuah Nissan Sunny 130Y.
Suka juga penulis merekodkan dimana orang kedua yang berjaya memiliki kereta ialah Pokchik Bakar Makcik Limah iaitu jenis Hillman. Beliau juga memiliki sebuah trak pikup jenis Datsun yang digunakan untuk mengangkut latex dari Telekong ke Estet Pasir Gajah.
3. Memiliki Motosikal - Mat Bachok (bapa kepada Dr Rosli) - Motosikal pertama yang dimilikinya ialah jenis Honda Cub 50cc. Harganya seperti dimaklumkan kepada penulis ialah RM700. Beliau kemudianya menukar kepada Honda Venley 125cc, sekitar tahun 1965. Tidak lama kemudian motosikal Venley ini dijual kepada Abang Mezah dan penulis percaya motosikal ini masih berfungsi dengan baik hingga sekarang. Untuk makluman, Mat Bachok dan isterinya bekerja di Estet Pasir Gajah. Tidak lama lepas Mat Bachok membeli motosikal ianya diikuti oleh beberapa orang lain seperti Awang Nor Dalam Huma, Chikmat, Mamat Tapai, Tok Lebai Daud dan Ismail Getah Dalam Kerawat.
4. Memiliki Radio - Mat Bachok juga adalah pemilik radio yang pertama jenis Philips. Tak lama kemudia dia menjual radio ini kepada Pakda Soh kerana membeli radio baru jenis Sierra yang lebih besar. Selepas itu Tok Chik Soh Tok Mandur (Tok Meksom) iaitu bapa saudara kepada Allahyarham Paksu Musa Maksu Peah, juga membeli radio Philips yang lebih besar. Beliau memasang speaker yang besar digantung diluar rumah dan bunyi radio ini bergema boleh kedengaran keseluruh Kampung Petanding.
Abang Mezah pula membuat ubahsuai radionya dengan membuat sendiri badan radio itu seperti sebuah almari. Bunyi bassnya berdengung-dengung. Apa yang sentimentalnya, rumah pemilik-pemilik radio ini akan dipenuhi oleh para jiran apabila berlangsungnya Tilawah Al Quran dari awal hingga tamat program itu. Radio pula dikuatkan bunyinya sekuat-kuatnya semasa bacaan ayat suci ke udara.
5. Memiliki peti talivisyen - Orang pertama ialah Pakchik Zakaria Juriah (pemilik kereta pertama). Beliau menggunakan generator untuk menjana tenaga elektrik untuk tvnya. Setiap malam kedainya akan dipenuhi orang kampung untuk menonton tv. Antara program paling popular ketika itu ialah Cerita Melayu dan Gusti. Antara siri paling menarik ialah Manix dan Voyage to The Bottom of The Sea.
6. Memiliki Traktor - PakDa Soh (bapa penulis) adalah orang pertama yang memiliki traktor kecil dua roda jenis Iseki. Harganya ialah RM3,000. Operator tetap traktor ini ialah abang penulis iaitu Mat Nor Zizah. Manakala penulis pula sebagai operator part time. Selepas itu Tok Imam Daud juga membeli sebuah traktor jenis Kubota.
7. Orang Pertama Pergi Ke Kuala Lumpur - Orang itu ialah PakDa Soh iaitu bapa penulis. Beliau pergi atas urusan membeli alatganti traktornya. Beliau dibawa oleh pemilik kedai alatganti traktor di Kota Bharu. Jika tidak salah ingatan penulis masa itu sekitar tahun 1965. Apabila beliau pulang dari Kuala Lumpur, macam orang baru pulang dari Mekah sambutanya. Berminggu-minggu kawan-kawannya datang ke rumah untuk mendengan cerita Kuala Lumpur!
Antara kisah yang penulis masih ingat mengenai Kuala Lumpur yang menjadi kekaguman bapa ialah kerajinan penanam sayur bangsa Cina mengusahakan kebun sayur di pinggir Kuala Lumpur. Mungkin tokey kedai yang pergi bersama bapa membawa beliau melawat saudaranya yang berkebun sayur.
8. Orang Pertama Berkelulusan SPM - Anak Telekong yang pertama menduduki dan lulus Sijl Pelajaran Malaysia ialah Abdul Rahman bin Omar atau dikenali juga sebagai Ibrahim Pakngah Che Omar. Beliau belajar di Sultan Ismail College - SIC dan tinggal di hostel. Selepas tamat sekolah beliau berkhidmat dengan kerajaan Negeri Sembilan di pejabat daerah Kuala Pilah dan kini bermastautin di Gemas, Negeri Sembilan.
9. Orang Pertama Ke ITM - warga Telekong yang pertama berjaya ke ITM ialah Ismail bin Rejab dari Kampung Che Wal. Beliau ialah rakan sekolah penulis. Selepas belajar beliau terus menetap di Kuala Lumpur. Penulis tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kerjaya beliau.
10. Yang Pertama Masuk Universiti - beliau ialah Nor Zahimah binti Muhamad, belajar di Universiti Malaya. Jika tidak salah ingatan penulis beliau masuk UM sekitar tahun 1981. Sekarang ini bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kroh, Kuala Krai.
11. Yang Pertama Berkelulusan Doktorate - ada dua orang, penulis tidak pasti siapa yang terdahulu diantara Dr Che Supian Tok Bilal Pokchek atau Dr. Rosli Mat Bachok. Bagaimana pun sehingga ini mereka inilah yang mampu mencapai tahap akedemik tertinggi.
12. Yang Pertama Berkahwin Dengan Bukan Rakyat Kelantan - hehehe.... minta maaf la masuk lif tekan butang sendiri. Orang itu ialah penulis sendiri yang berkahwin dengan orang Pekan, Pahang pada tahun 1975. Dikurniakan enam anak, tiga lelaki dan tiga perempuan. Salah seorang anak lelaki penulis telah mengikut jejak langkah penulis dimana beliau telah berkahwin dengan warga negara Peranchis pada bulan Februari yang lepas.
Setakat ini dahulu rekod yang mampu penulis catatkan. Sekiranya ada item baru, akan ditambah dikemudian hari.

2 Comments:
Salam,
untuk makluman Pok din, Azmi anak Tok su Jusoh ada di Teluk Intan, Perak. Dah lama tak balik Kpg Telekong... sibuk segho. Anak-anaknya semua dah bersekolah tinggi. hok kije doh pon ada.
Selain arwah ayah Li (ramli), Che nah (Khazanah) pun doh meninggal. Ayah li ada 2 orang anak, masing-masing dah skolah tinggi. Hok sulung nama Iqbal. Saya panggil Ba saja. Hok tu doh mengaji kat universiti. Tak ingat nama universiti tu.
Ada masa nanti kita balik Kpg Telekong. Rindu dgn sedara mara kat sana.
-Shafrizal Bin Azmi-
waalaikummussalam...
Terima kasih kerana jengok blog neh....
Ayoh Li meninggal saya tahu hari tu jugak, dan ada entri khas untuk mengenang persahabatan dengan gemuloh ni.....
Bila Che Nah meninggal? Mungkin agaknya dalam tahun 2011 ni ker?
p/s:
Azmi (aboh?) dok wat kijo gapo kat Telok Intan tuh.....
Tulong sampaikan salam kepadanya...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home